Hakikat Bahagia


Hakikat bahagia

Apakah Hakikat bahagia?
26/8/2018 hari ni hari ahad seharian dlm bilik bosann ya ampunnn hahahha
Jadiny tengh barim2x bosan3x ate teman terpikior bahagia tu mcm mna?
Ate kome ni pndapat teman je la ye.


Just because you’re are right doesn’t meant I’m wrong ?

Ok bg teman la kan bahagiani bkn bila kita kaya,kuat,sihat  dan berpengaruh…. Jeng,jeng,jeng… habistu mcm mna?
Nak mudah paham teman cheghite la ye..
Ada seorang kaya dia naik kerata yang besar mahal megah dan mewah dalam perjalanan ke suatu tempat dia Nampak disebelah kanan dan kiri dia ada padi sawah yang luas terbentang menghijau lalu dia ternampak budak-budak kecik membawa makanan ditemani ibunya smbil berlari-lari kearah sebuah pondok ditengah sawah padi.



Si suami tengah menunggu makanan yang dibawa oleh anak-anak dan isteri tercinta. Apa yang dikatakan oleh orang kaya didalam kereta?

Orang kaya: ‘’Oh,! Bahagianya petani setelah penat bekerja perutnya lapar datang isteri tercinta bersama si ank berlari gembira sambil membawa maknan air minum dapat menghilangkn dahaga si isteri dan anak berjenaka bersama, bahagianya menjadi petani ‘’kata si kaya tadi.
Semasa si kaya berkata dia tidak sebahagia si petani.


Si petani di pondok tua pula memandang orang kaya berkereta besar.
Si petani : ‘’Bertapa bahagianya orang kaya naik kereta sedangkan aku duduk dipondok yang tua.




Jadi dari cerita tadi dapat la disimpulkan kedua2xny si kaya dan si petani x bahagai
Jadi bahagia tu macam mana? Di mana?
Ada seorang anak yang belajar di kolej atau University lalu dia berkata alangkah bahgianya kalau aku ada diploma lalu selepas dia dapat diploma dia berkata aku tak bahagia alangkah indahnya andai aku ada ijazah lalu sampai satu masa dia dapat ijazah dia berkata alangkah indahnya andai aku ada master lalu sampai satu masa dia dapat master lalu dai berkata alangkah indahnya andai aku ada PHD selepas PHD dia berkata alangkah bahagianya andai aku dapat kerja kerana dalam keadaan sekarang susah bebenor nk dapat kerjamya yeop.. :P
Selepas dapat kerja dia berkata alangkah bahagianya andai dia bernikah berkahwin

Tetapi selepas kahwin dia tidak bahagia sebab orang selalu Tanya dah ada anak ke belom (Makcik Bawang) dah ada anak tak kan sorang je?


Jadi sebenarnya “Who has the happiness?”  kebahagiann tu macam mana? Kebahagian itu adalah insyirahus sadr (x tau la aku eja ni betol k x) ketika hati terasa lapang tenang  itu sebenarnya bahagia.
Andai pelajar tadi  hatinya lapang tentulah dia bahagia.
Andai petani yang berada di dalam pondok buruk itu hatinya lapang tentulah dia bahagia.
Andai sikaya yang berada didalam kereta mewah itu hatinya lapang tentulah dia bahagia.

 Ketika Nabi Musa di tengah kesusahan ingin melawan bapa angkatnya bernama firaun beliau memohon kepada allah agar hatinya menjadi lapang walaupon tercedera dia merasa bahagia.




Sebab itu Dr Haji Abdul Malik karim Abdullah (HAMKA) tersenyum didalam penjara walaupon tubuhnya dipenjara tetapi penanya berbicara.
Sebab itu  Sayyid Qutb tersenyum menghadapi tali gantung kerana hatinya tenang.

Ok apa yg menarik dengan sayyid Qutb ni semasa dia di penjara dan sbelom ke tali gantung dia ada menulis sebuah buku yang bertajuk Fizilalil Quran (dibawah naungan bayang Al- Quran).dalam muqaddimah buku ni dia da sebut  “Hidup dibawah naungan bayang-bayang Al-Quran itu nikmatnya tiada siapa yang ketahui kecuali orang yang pernah merasakannya.

Maka bahagia adalah ketika hati terasa lapang.
Apabila kita melihat orang tenang pada wajahnya berseri segar tersenyum tahulah ketenangn itu bukan pada wajahnya.
Apabila kita melihat seorang yang gagah yakin tenang ia melagkah ketahuilah ketenangan  itu bukan pada kakinya.
Apabila kita melihat seseorang berjalan hayunan tangannya tidak tergesa-gesa ketahuilah ketenangan itu bukan paeda tangannya.

Jadi? Dimana terletaknya ketenangn itu?jadi ketahuilah didalam tubuh kita ada segumpal daging andai segumpal itu baik maka yang lain ikut menjadi baik jika segumpal itu buruk maka yang lain itu jugak akan ikut buruk.

Rasulullah SAW bersabda, “Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rusak, niscaya akan rusak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama hati!“ (HR. Bukhari dan Muslim)




ok tu je.... Byee....