Palestin: Di Mana Kemanusiaan Diuji

hasil tangan anak bujang sumud fortilla agaknya


Di dunia yang semakin bising dengan politik dan propaganda, isu Palestin sering disempitkan kepada soal agama dan ideologi. Namun di sebalik semua itu, hakikatnya sangat sederhana — ini bukan soal agama semata-mata. Ini soal kemanusiaan.

Setiap hari, anak-anak kehilangan ibu bapa. Rumah runtuh, bukan kerana bencana alam, tetapi kerana peluru dan bom. Hidup mereka tidak berpindah dari musim ke musim, tetapi dari serangan ke serangan.

Tiada agama yang menghalalkan penindasan. Tiada bangsa yang harus dihapuskan atas nama keselamatan . Tiada manusia yang wajar dibunuh hanya kerana mereka lahir di tanah yang salah.

Kita berdiri bersama Palestin bukan untuk menentang sesiapa, tetapi untuk mengingatkan dunia bahawa nilai kemanusiaan masih ada.
Bahawa keadilan bukan milik agama tertentu, tetapi milik setiap manusia yang masih mampu merasa simpati dan empati.

Selagi ada anak kecil yang menangis di bawah runtuhan,
selagi ada tangan yang menghulur bantuan di tengah debu dan darah,
selagi itu kemanusiaan belum mati.

Dan bila dunia memilih diam,
suara kita — sekecil apa pun — masih bermakna.

Kerana mempertahankan manusia adalah tugas semua manusia.





 

Hidup bukan perlumbaan

Assalamualaikum...

first kenapa tajuk hidup bukan perlumbaan?

ermmm memng bukan perlumbaan nak berlumba pergi mana? sapa mati cepat? ke mcm mna? hahahhaa. OK jawapannya sebab kita tiru MDM Mawar punya tajuk - (Hidup bukan Perlumbaan) , ate teman maleh nk memikior menda yang nk ditulisnya teman copy je la kan senang.....


Second kenapa tetiba nk update ni ?
jawapannya sebab belom pencen menulis.. refer blog mdm mawar .


berbalik kepada tajuk , jika hidup ini bukan perlumbaan jadi hidup ni apa? for me hidup ni :-


👉Hidup adalah sebuah perjalanan.
👉Hidup adalah anugerah.
👉Hidup adalah proses .
👉Hidup adalah ujian dan peluang.
👉Hidup adalah seni.


🌱 Hidup adalah sebuah perjalanan.

Hidup ni bukan tentang siapa cepat siapa hebat, tetapi tentang apa yang kita pelajari, siapa yang kita temui, dan bagaimana kita berubah sepanjang jalan. Setiap orang punya masa dan detik masing-masing.Just lalui dan tempuh .


🪷 Hidup adalah anugerah.

Hidup ini adalah anugrah kerana yang hidup ini adalah manusia yang terpilih dan bukan sesuatu yang perlu dikalahkan, tapi sesuatu yang perlu dihargai dan disyukuri. Bukan soal menang atau kalah, tetapi soal hadir, merasa, dan mencintai. Cewahhh deep la konon....


🧩Hidup adalah proses .

Hidup adalah proces memahami mengenal siapa kita, tujuan kita, dan bagaimana kita boleh memberi makna kepada hidup ini—bukan dengan membandingkan, tetapi dengan menyumbang, jika tak dapat menyumbang jangan menyusahkan.


🔄Hidup adalah ujian dan peluang

Dalam kerangka spiritual atau keagamaan, hidup bukan perlumbaan duniawi, tapi ujian untuk akhirat, dan peluang untuk memperbaiki diri dan berbuat baik. dalam pandangan islam Allah SWT menyatakan dalam banyak ayat Al-Qur’an bahwa kehidupan dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia, untuk menguji siapa yang terbaik amalnya. boleh check:-

💗Surah Al-Mulk ayat 2:
💗Surah Al-Baqarah ayat 155:
💗Surah Al-Insan ayat 2:

🎨 Hidup adalah seni.

Setiap orang melukis hidup mereka dengan warna, bentuk, dan irama yang unik dalam kanvas hidup mereka.hidupni banyak jalan tiada satu jalan yang mutlak. Yang penting, adakah kita puas dengan lukisan yang kita hasilkan?



haaaaa secara ringkasnya tentang hidup bukan perlumbaan. Suka atau tidak hidup perlu dilalui suka duka susah senang adalah lumrah hidup kerana hidup hanyalah sesuatu yang wajib kita tempuhi kerna hidup bukanlah abadi sampai masanya pasti terhenti. 




Sekiann..........




Hidup ini bagai lampu dindingYang dinyalakan di malam hariHidup ini bagai lampu dindingYang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah keringIa kan pasti padam sendiriApabila minyak sudah keringIa kan pasti padam sendiri

Pelita Hidup -Song by Hijjaz 1998

Guruku di Mana-mana

 

Guruku di Mana-mana

Ibu dan ayah, guru pertama,
Dengan kasih tunjukkan arah.
Rakan dan taulan, guru setia,
Menegur diam, menyambut lelah.

Jatuh dan bangun mengajar kuat,
Derita semalam jadi hikmat.
Langit dan laut, angin dan batu,
Alam pun guru, penuh restu.

Hari ini kami berdiri di sini,
Kerana banyak guru yang tak bernama,
Namun jasa mereka tak pernah mati,
Hidup dalam jiwa, terus bersama.

Selamat Hari Guru,
Untuk semua yang pernah mengajar kami,
Dengan kata, dengan diam,
Dengan cinta yang tak ternilai.


I6 MEi 2O25

Ashar