Penutup 2025

 



2025 melabuhkan tirainya dengan seribu rasa—ada yang tertinggal sebagai kenangan, ada yang kekal sebagai pelajaran. Setiap langkah yang dilalui, sama ada perlahan atau tersasar, telah membentuk siapa kita hari ini.

Jika ada impian yang belum tercapai, biarlah ia menjadi doa yang terus hidup. Jika ada luka yang belum sembuh, semoga masa mengajarkan kita erti redha. Dan jika ada kegembiraan yang pernah singgah, biarlah ia menjadi sumber kekuatan untuk hari-hari mendatang.

Kita menutup tahun ini bukan dengan penyesalan, tetapi dengan kesedaran—bahawa perjalanan masih panjang, dan setiap pengakhiran adalah permulaan yang baru.

Selamat tinggal 2025.
Terima kasih atas cerita-cerita yang mematangkan.



:)


Palestin: Di Mana Kemanusiaan Diuji

hasil tangan anak bujang sumud fortilla agaknya


Di dunia yang semakin bising dengan politik dan propaganda, isu Palestin sering disempitkan kepada soal agama dan ideologi. Namun di sebalik semua itu, hakikatnya sangat sederhana — ini bukan soal agama semata-mata. Ini soal kemanusiaan.

Setiap hari, anak-anak kehilangan ibu bapa. Rumah runtuh, bukan kerana bencana alam, tetapi kerana peluru dan bom. Hidup mereka tidak berpindah dari musim ke musim, tetapi dari serangan ke serangan.

Tiada agama yang menghalalkan penindasan. Tiada bangsa yang harus dihapuskan atas nama keselamatan . Tiada manusia yang wajar dibunuh hanya kerana mereka lahir di tanah yang salah.

Kita berdiri bersama Palestin bukan untuk menentang sesiapa, tetapi untuk mengingatkan dunia bahawa nilai kemanusiaan masih ada.
Bahawa keadilan bukan milik agama tertentu, tetapi milik setiap manusia yang masih mampu merasa simpati dan empati.

Selagi ada anak kecil yang menangis di bawah runtuhan,
selagi ada tangan yang menghulur bantuan di tengah debu dan darah,
selagi itu kemanusiaan belum mati.

Dan bila dunia memilih diam,
suara kita — sekecil apa pun — masih bermakna.

Kerana mempertahankan manusia adalah tugas semua manusia.





 

Hidup bukan perlumbaan

Assalamualaikum...

first kenapa tajuk hidup bukan perlumbaan?

ermmm memng bukan perlumbaan nak berlumba pergi mana? sapa mati cepat? ke mcm mna? hahahhaa. OK jawapannya sebab kita tiru MDM Mawar punya tajuk - (Hidup bukan Perlumbaan) , ate teman maleh nk memikior menda yang nk ditulisnya teman copy je la kan senang.....


Second kenapa tetiba nk update ni ?
jawapannya sebab belom pencen menulis.. refer blog mdm mawar .


berbalik kepada tajuk , jika hidup ini bukan perlumbaan jadi hidup ni apa? for me hidup ni :-


👉Hidup adalah sebuah perjalanan.
👉Hidup adalah anugerah.
👉Hidup adalah proses .
👉Hidup adalah ujian dan peluang.
👉Hidup adalah seni.


🌱 Hidup adalah sebuah perjalanan.

Hidup ni bukan tentang siapa cepat siapa hebat, tetapi tentang apa yang kita pelajari, siapa yang kita temui, dan bagaimana kita berubah sepanjang jalan. Setiap orang punya masa dan detik masing-masing.Just lalui dan tempuh .


🪷 Hidup adalah anugerah.

Hidup ini adalah anugrah kerana yang hidup ini adalah manusia yang terpilih dan bukan sesuatu yang perlu dikalahkan, tapi sesuatu yang perlu dihargai dan disyukuri. Bukan soal menang atau kalah, tetapi soal hadir, merasa, dan mencintai. Cewahhh deep la konon....


🧩Hidup adalah proses .

Hidup adalah proces memahami mengenal siapa kita, tujuan kita, dan bagaimana kita boleh memberi makna kepada hidup ini—bukan dengan membandingkan, tetapi dengan menyumbang, jika tak dapat menyumbang jangan menyusahkan.


🔄Hidup adalah ujian dan peluang

Dalam kerangka spiritual atau keagamaan, hidup bukan perlumbaan duniawi, tapi ujian untuk akhirat, dan peluang untuk memperbaiki diri dan berbuat baik. dalam pandangan islam Allah SWT menyatakan dalam banyak ayat Al-Qur’an bahwa kehidupan dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia, untuk menguji siapa yang terbaik amalnya. boleh check:-

💗Surah Al-Mulk ayat 2:
💗Surah Al-Baqarah ayat 155:
💗Surah Al-Insan ayat 2:

🎨 Hidup adalah seni.

Setiap orang melukis hidup mereka dengan warna, bentuk, dan irama yang unik dalam kanvas hidup mereka.hidupni banyak jalan tiada satu jalan yang mutlak. Yang penting, adakah kita puas dengan lukisan yang kita hasilkan?



haaaaa secara ringkasnya tentang hidup bukan perlumbaan. Suka atau tidak hidup perlu dilalui suka duka susah senang adalah lumrah hidup kerana hidup hanyalah sesuatu yang wajib kita tempuhi kerna hidup bukanlah abadi sampai masanya pasti terhenti. 




Sekiann..........




Hidup ini bagai lampu dindingYang dinyalakan di malam hariHidup ini bagai lampu dindingYang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah keringIa kan pasti padam sendiriApabila minyak sudah keringIa kan pasti padam sendiri

Pelita Hidup -Song by Hijjaz 1998

Guruku di Mana-mana

 

Guruku di Mana-mana

Ibu dan ayah, guru pertama,
Dengan kasih tunjukkan arah.
Rakan dan taulan, guru setia,
Menegur diam, menyambut lelah.

Jatuh dan bangun mengajar kuat,
Derita semalam jadi hikmat.
Langit dan laut, angin dan batu,
Alam pun guru, penuh restu.

Hari ini kami berdiri di sini,
Kerana banyak guru yang tak bernama,
Namun jasa mereka tak pernah mati,
Hidup dalam jiwa, terus bersama.

Selamat Hari Guru,
Untuk semua yang pernah mengajar kami,
Dengan kata, dengan diam,
Dengan cinta yang tak ternilai.


I6 MEi 2O25

Ashar

Susah,Senang dan bahagia

 Susah,Senang dan bahagia 



Bismillah… lama betol tak update last 2020 sekarang harini 29/11/2024 dah berhabuk bersawang.

Jadi nak cerita pasal apa ni? Ok fast forward 2020 to 2024 kahwin bla2x  dalam tempoh tu satu Tarikh yang amat bermakna 14/7/2021 ~~



hadirnya seorang insan dan khalifah dimuka bumi... oleh sebab aku ni suka sajak jadi aku nukilkan sikit la sajak yg menggambarkan apa yg aku rasa dengan kehadirannya di dunia... anakku..

Anakku umpama Sirius di malam hari,
Cahaya gemerlap di langit tinggi.
Beri harapan, beri mimpi,
Menuntun aku hingga mati.



Bila sebut pasal anak msti akan terkait dengan ibu bapa. Apa yang aku nk cerita harini yang nk sembang harini adalah berkenaan kehidupan kecilku maksudnya masa kecil la.Sejak dua menjak ni Since podcast makin berkembang, selalunya intro sesuatu podcast msti akan tanya latar belakang tetamu jemputan dan apa yang akan ditanya adalah kehidupan semasa kecil antaranya tinggal dimana, kesusahan yg dialami dsbnya . kita narrow down lagi benda yang nak aku cakap berkenaan kesusahan yg ditempuhi bagi pendapat aku definisi sush tu berbeza bagi setiap orang , ada orang dia hanya ada motor dan dia rasa hidup dia sush sebab tak ada kereta, ada orang ada basikal je tapi dia tak rasa sush sebab mudah bagi dia tak perlu pikir pasal minyak service dan sebagainya, ada orang tgk sorang budak yang tak pernah mkn KFC dan cakap kesiannya budak tu, manakala bagi budak tu pulak dia tak kisah pon kalau tak makan KFC . Jadi bagi aku definisi susah tu berbeza bagi setiap orang, begitu juga dengan kebahagiaan . Tetiba teringat lirik nasyid UNIC yang bertajuk hakikat bahagai. Aku shared dekat bawah :-

 Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran

Berbalik kepada susah , senang dan Bahagia. Bila sebut Bahagia terus terlintas makanan. Sebab apa makanan? Sebabnya bila perut kenyang hati senang  😝 . Al kisah masa menghadap jem smbil2x dengar radio terpikir masakkan atau makanan yang aku suka masa kecik dan kenapa ermmm aku suka gulai kari mak masak , masak cabai , nasi goreng dan apa lagi ya ak mkn masa waktu kecik.

 

Lepas seketika aku teringat salah satu favourate ak apatu? Nasi , minyak dan garam woiii menambah oiii mak suap pulak hahahha kalua dipikirkan balik aku happy ja mkn nasi, minyak dan garam taka da masalah pon siap minta mak tambah lagi nak dibandingkan dengan sekarang walaupon makanan mcm2x tapi hati sush. Jadi bagi anda apatu kesusahan ? 



ni ha anak bujang den... dah beso banyak cakap kecuali tido tu pon kkdang bercakap jugak. Harapan aku semoga dapat melihat anak bujang ni membesar , semoga umur aku panjang ✌


ISLAM NUSANTARA



Islam Nusantara

Sempena PKP ni ada satu benda teman nk cerite .
Alkisah sianak diberi uabt batok cabut lari ubat batok cap ibu dan anak ibu beriii…. Hahaha tapi ni bukan la kisahnya…




Kisahnya tentang isalm Nusantara udah tajuknya teman letak kan tak kan cegito benda lainkan?
Ok.. mcm mana nak mula..
Isalm nusantarani kalua dekat Indonesia lebuh dikenali sebagai islam jawa teeeetapi yang sebenarnya islam nusan tara adalah satu konsep yang mula-mula dibangunkan oleh nahdlatul ulama. Nahdlatu ulamak ni apa? Nahdlatul ulama ni adalah terdiri daripada penuntut-penuntut ulama di pasentren di Indonesia. Islam Nusantara ni bukanlah isalm yg baru tetapi islam nusantara ini adalah cara islam yg bersesuian dengan social dan budaya orang-orang di nusantara . Nusantara ni bukan sahaja Malaysia indonesi tetpi termasuk la jugak philipina brunei kemboja Thailand dan lain-lain boleh google ye.




Keistimewaan Islam Nusantara ni :-

Tidak disebarkan melalui mata pedang tetapi disebarkan melaui al hikamah kebijaksanaan para ulamak misalnya wali-wali songo Sheikh Abdullah Al-Qumairi Al-Yamani yang sampai ke negeri kedah dahulu golongan syed di pantai timur misalnya di terangganu yang mana mereka berdakwah melalui kesenian, kebudayaan melalui wayang kulit ,mak yong yang dahulunya tarian makyong ni campor lelaki perempuan yang bercium-cium atas pentas tetapi setelah datingnya islam dinusantara mereka tidak mengharamkan makyong atau muzik tetapi mereka telah mengolah tarian ini kepada yang lebih baik yang lebih islamik begitu juga dengan wayang kulit , syair-syair jadi ia lebuh sesui dan dekat dengan masyarakat nusantara.

Ciri-ciri Islam Nusantara:-
  • Tidak keras
  • Sesuai dengan budaya
  • Sesuai dengan kesenian masyarakat
  • Islam yang lemah lembut sejajar dengan budaya nusantara itu sendiri
  • Islam yang tenang bukan yang menggalakkan pergaduhan

Seperti yang kita lihat seperti tahlil, kenduri arwah ini adalah contoh dimana acara-acara atau benda-benda ini sudah ada sebelom islam lagi. Kita dapat lihat bagai mana islam di nusantara ini di islamisasikan selari dengan syarak dan hukum-hukum fiqh yang tidak lari dari aqidah. Di nusantara ini lah uniknya dimana islam nusantara ada carakteristiknya sendiri.

Ini serba sedikit mengenai Islam Nusantara.

Di kesempatan ini cuba kita lihat pada zaman sekarang terdapat gerakkan-gerakkan dakwah yang bawa islam dengan cara keras badwi megkafirkan dan mengelirukan dan yang lebih exstrim.keunikkan islam Nusantara ini adalah kerana ia mempunya pelbagai kaum bangsa dan budaya seperti banjar,jawa,peranakan arab,bugis , peranakan cina,india dan banyak lagi dan kita sbagai islam nusantara telah bergaul dengan pelbagai bangsa dan hidup dengan harmoni ribuan dan ratusan tahun malah hidup harmoni inilah islam nusantara dimana tidak mencari kesalahan orang tetapi islam nusntara  lebih kepada melihat titik kesamaan dari titik perbezaan inilah kebijaksanaan ulama-ulama terdahulu yang membawa islam nusantaran.

Islam datang bukan lah untuk megarabkan semua orang tetapi islam datang untuk mengislamkan semua orang .


  

Konflik - Bheart X Kmy Kmo



Bagai awan yang dulu terang kini bertukar mendung,
Nilai cinta bagaikan bintang beribu tak terhitung,
Mana pergi kasih sayng jadi baying yang tergantung,
Mengapa masih sukar jika cinta itu agung?

Dalam percintaan ada berjuta cabaran, dugaan ohh…
Jadi usah biarkan hilang arah pedoman,
Hanya kerna halangan ohh..

 Usah biarkan begitu biar kita terus hadapi,,
Biar janji jadikan reality,
Usah biar janji hanya tinggal janji.

Hapuskan racun didalam jiwa,
Satukan semangat cinta bersama,
Aku tetap berdiri teguh kekal setia.

Redupkan mata mu aku bawa kau kesana,
Nak kemana, usah ditanya,
Ayuh  bawa cinta ke puncak syurga.

(Bheart)
Dari mula sampai kini masih ku disakiti
Dari awal sampai akhir sedih aku sembunyi
Apa lagi yang tinggal?
Kalau cinta hati sudah mati
Tidak terperi kalau isi hati menipukan diri sendiri

Mana hilang cinta?
Mana pergi kita?
Mana ungkapan manis adakah semuanya dusta
Jasad terseksa,jiwa merana
Tetap tonjolkan diri teguh kekal membina
Istana
Cinta kita.

(Kmy kmo)
Tiada lagi fajar mana pergi menghilang
Tiada lagisenja bagaimana menghilang
Tiada lagi raja bila bulan mengambang
Tiada lagi fajar bila langitkan terang

Tiada lagi saat memori indah dikenang
Tiada lagi mimpi bila siang mendatang
Tiada lagi kita bila pasrah dipegang
Tiada lagi cinta bila kau menghilang.

Punah ranah ke tanah ku pasrah dan ku lemah
Bagai lumrah dunia si lemahkan dimamah
Resah tiada berubah gah megahratah cinta yang parah
Dan parah berdarah tetap endah tak endah

Tak sempat nak dihujah dah diludah dalam lembah
Kini ku dibasahi air mata berdarah
Hilang wajah seri senyuman kini digubah
Bagai mawar berduri kelopak hilang dah diratah

Ingat wahai manusia cinta bukan segalanya
Sujudlah kepadanya semoga ada hikmahnya
Biar kuatkan jiwa dari hasutan musuhnya
Biar kuatkan hati dari mati tanpa syurga

Lepaskan yang terbaik mungkin itu rancangan
Usah undur balik jika sempurna dihadapan
Lepaskanlah lebih baik mungkin ini paksaan
Mungkinkah dating balik jika itu janji tuhan

2x
Bagai awan yang dulu terang kini bertukar mendung
Nilai cinta bagaikan bintang beribu tak terhitung
Mana pergi kasih sayng jadi baying yang tergantung
Mengapa masih sukar jika cinta itu agung?


Apwriter - Pelita


tersebutlah kisah
pelita yang indah
sapaan raga
bermadah jiwa

bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam 

kau dengar suara itu tak sedar meneliti
ku cari, dalam gelap ikutkan gerak hati
tiap penulisannya jujur ku dalami
hati - hati dalam kata beri yang mengalami

segera ku pantau
silah yang lepas kalau
terlepas macam ricau
ku risau bertelan - telan
walau awal rasa dah buat yang terbaik
ralit itu punca ulang balik baiki yang tak baik

sistematik lincah
semantik kata - kata
fanitik dan mistik, kobar dikara kata cakna
madu palu dermaga, digodam terhentam meta
sungguh tak dalam kotak layang
besra nusantara

jalan ku pilih ini
jalan mampu kau cuba
ni macam bunuh diri, kau sendiri tak sangka
senandika ni kau saksi, mana kau paling suka
sini gelap bunyi runsing buat kau suka baca

bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam

seperti yang dikata, aku ni dari desa
jadi aku kurang party jaranglah biasa
apa boleh buat, sumpan aku tak bosan
kasutku sarung kakiku, kasut kau tak sepadan

mana yang aku lalu, mata aku terbuka
sama macam yang lalu, kini makin terbuka
selam dalam kataku, budayanya dikata
tapi buat ramai laku, laku aku berkarya

masih jauh, sauh, sudah penat mengeluh
benar aku manusia keluhan hidup separuh
dari kehidupan walau aku tak kata
kau manusia kau percaya itu biasa

tpi apa yang lain, kau bangun dari yang lain
berhenti dari bermain, melangkah dari kelmarin
diri kau mampu disaing, bila sibuk jaga kain
orang lain mudah tanding jadi, jadi orang lain

(2x)
bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam

TANPAMU - BHEART FT KMY KMO (YMY)


Proof to me that you can be
strong even though I leave you
Proof to me that you are a
strong man that can be my
love of my life huhh please?

I’m only gonna tell this
nothing more, nothing less, lets go
This song is dedicated

Kenang kemmbali “2313”
masih segar di ingatan
Waktu pertama kali jumpa
Dipasiran pantai ombak bergelora
angin bayu meniupkan semua duka lara
Bergembira mata bertentang mata
bergurau senda tiada
helah dan tipu daya
Cuma perasaan cinta kita pendamkan
kerana takut apa yang akan terjadi,
pada kita di masa
Hadapan ku bersendirian
memikirkan apa yang
sebenar aku mahukan
Sejak pertemuan kita hatiku diikatkan
kenangan seperti ini satu sumpahan
Jadi keputusanku mahu bersama
dirimu rasa sama apa yang aku rasa
Aku mengambil langkah dengan
jelas berusaha dan tawakal
harap kekal ke akhir nafas

Ku tak mampu terus
berjalan tanpamu disisi
igauan bayangmu masih
segar di dalam hati
Kemana nak ku curah kasih
ini jika tiada kamu
Tiada pengganti mu

8bulan 7minggu 6hari
5minit 4saat kau bersama
makin erat tak terkata
Cuma fakta cinta kita kejap
atas bawah satu kesilapan
buat kau berpaling tadah
Aku mengaku ku salah
biarkan kau sendiri
biarkan kau rasai
kesakitan cinta ini
Dan biarkan kau lemas
dalam lautan benci
dan biarkan ku rasai
kewujudan hati yang dah mati
Airi masih ingat tak nama itu?
Masih ingat tak memori dicipta dulu?
Orang kata mencari
lain itu mudah
jadi mengapa amat susah
cari pengganti kamu?
Menahan keperitan
sembunyikan penyesalan
meninggalkan seseeorang
yang amat dicintakan
Berlutut dan menyanyi ini sebagai bukti
aku mungkin rambang mata
tapi takkan rambang hati

Tak berdaya lagi untuk ku meneruskan
bagaikan berjalan arah yang bertentangan
Timbul satu bukti benar ini penyeksaan
seksanya hati ku berjalan berseorangan
Dah ternyata hanya ada satu nama
tiada yang tenang selain purnama
Ku tunggu buktinya kerna percaya
di hujung sana kitakan bersama

Ku tak mampu terus
berjalan tanpamu disisi
Igauan bayangmu masih segar didalam hati
Kemana nak kucurah kasih
ini jika tiada kamu
Tiada penggantimu..
-END-

Tanah Merpati - YMY Fam (Kmy Kmo, B-Heart & Qumulus Qunimbus)


Lemah yang tak bersalah
Kami dibakar rentung
Banjir lautan darah
Sukatan tak terhitung
Kami bagai merpati, putih terbang
Yang ingin kebebasan nyata
tanah tuhan yang terbentang

Ku wayangkan realiti dalam saat ku mimpi
Kesakitan ku rasa mereka
rasa tak berhenti
Mereka tangisi hati jadi
saksi kita tiada disisi
Misi berisi yang diisi kenapa dibenci?
Mereka serang terang-terangan
kata perlindungan
Bila balas dengan alasan yang berasas
Mereka kata kita pengganas
Harus bunuh sampai tumpas
segala yang ditindas

Dibilas dengan darah merah tanda kalah
Harap perjuangan kita punah sampai sudah
Mereka salah! Tiap kali
berbalah ada menang ada kalah
Satu hari kita pejam mata, mereka musnah
Hanya pada Dia kami berserah
Kami menyembah
Harap mereka kalah
Berundur terus mati dan durjana!
Terus punah... Aamiin

Lemah yang tak bersalah
Kami dibakar rentung
Banjir lautan darah
Sukatan tak terhitung
Kami bagai merpati, putih terbang
Yang ingin kebebasan nyata
tanah tuhan yang terbentang

Saudara yang leka luar di tanggung kami
Parahnya dunia kejam saudara dizalimi
Tiada timbang budi dan
tiada hak dihakimi
Dari dulu reaksi gergasi si yahudi
Beraksi dalam paksi tak sekata
Mereka bertuhankan mata yang satu mata
Di dalam kajian data dah pun ternyata
Membabi buta
Mereka si penghuni
neraka kejam bersenjata

Pejam celik pejam celik usah pejam lagi
Harus kita sedar kita makin dizalimi
Dari penghuni bumi
yang bertopengkan keji
Hingga yang suci dihunus tanpa simpati
Boleh diperhati satu dunia
Apa lagi yang ditunggu
Apa lagi yang kau buntu
Apa lagi yang dikaji
semua terang dah berlaku
Apa lagi yang harus dibuat
Berdoa pada tuhan yang satu

Lemah yang tak bersalah
Kami dibakar rentung
Banjir lautan darah
Sukatan tak terhitung
Kami bagai merpati, putih terbang
Yang ingin kebebasan nyata
tanah tuhan yang terbentang

Siulan kedamaian rintik
peluru sebagai teman
Berlegar tiap waktu sebagai impian
Jasad suci gelimpangan air mata titisan
Liang lahad dipenuhi
syahid dalam peperangan
Gegendang berdesing tika sedang beradu
Bertandang tak peduli apa saat dan waktu
Menggegar bumi tuhan terpapar kesedihan
Bom mortar menghujani mencakar kehidupan
Konspirasi kuasai seantero digenggami
Membelot kebenaran membolosi duniawi
Ketindasan, gagasan, harapan dihancurkan
Cebisan yang tinggal digarap kekuatan

Lemah yang tak bersalah
Kami dibakar rentung
Banjir lautan darah
Sukatan tak terhitung
Kami bagai merpati, putih terbang
Yang ingin kebebasan nyata
tanah tuhan yang terbentang

Awan biru berarak
Iring doa bergerak
Semangat darah cinta
Digabung serentak
Takkan undur menyerah
Kekal langkah bertapak
Peluh keringat dikerah
Nafas dendam berasak

Embun pagi menitis
bersama pilu
Mentari tegak berdiri
Letupan memburu
Ku ucap bertalu pedih kata dan sayu
Pancar segenap ke hati
fikir saudara aku!

Lemah yang tak bersalah
Kami dibakar rentung
Banjir lautan darah
Sukatan tak terhitung
Kami bagai merpati, putih terbang
Yang ingin kebebasan nyata
tanah tuhan yang terbentang