jadilah kita


jadilah kita

jadilah kita seperti rama-rama 
datangnya senyap tetapi memukau semua

jadilah kita seperti lebah
pembersih hinggap di bunga yg bersih
makan benda yg bersih

jadilah kita seperti
mutiara walaupun dilautan gelap
namun tetap bersinar

jadilah kita seperti semut 
yang gigih berusha walaupun kecil

jadilah kita seperti air yang mengalir
walau banyk aral melintang ia terus mengalir

jadilah kita seperti ikan
walaupun di manapun ia rasanya tetap manis


jadilah seperti lebah Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)






padamu hawa

padamu hawa

malu
simpan dada bidang mu
sorok pinggang rampingmu
jangan mahu jadi perhatian
jangan mahu jadi idaman
jika engkau insan beragama

iman itu bnyk perkaranya
malu itu salah satu darinya

wahai kekasihku
itu pesan nabiku
jaga akhlak mu

malu boleh menjadi benteng
dan perisai kehidupan...



Malu itu sifat terpuji
bahkan Rasulullah SAW itu sendiri punyai sifat malu
yang mana sifat malunya itu lebih dari malunya seorang gadis sunti

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Rasa malu dan iman itu berpadu satu.
Apabila hilang salah satunya,
hilanglah pula yang lainnya."

(Direkodkan oleh Hakim dan Baihaqi)


mencar!


mencari


dalam sepi aku sendiri lagi
merenungi setiap kelemahan diri
masih mencari arah tujuan sendiri
menngapa aku sendiri dan mengapa 
ini semua terjadi terbiar
dan berlalu pergi
sukar.... amat sukar untuk dihuraikan
kerana yang pasti...
aku yang pilih begini....

aku sendiri sepi
tersesat didalam dunia sendiri
aku sesat dalam sejarah 
kerana tiada kompas penunjuk arah
aku masih tercari-cari siapa diri ini..

aku bukan pahlawan mengangkat senjata
aku bukan saudagar yang punyai harta berguni
aku bukan pendeta  yang pandai berkata-kata
aku bukan penceramah yang begitu ramah

aku masih mencari personaliti diri
akan ku cari sehingga ku temui