HATI BERGETAR RINDU


HATI BERGETAR RINDU

Abu senja melayang
Menyalut mangkuk malam
Angin malam masih membelai langsir
Terasa seperti membelai hatiku

Gelora perasaanku kian berkecamuk
Berputar-putar urat saraf medula oblangata
Kalut di dada semakin bergulung-gulung
Di saat hatiku bergetar rindu
Hanya album kaku menjadi penawar rindu

Aku cuba mengumpul segala bicara
Yang terbenam di lubuk hati
Ingin sekali aku menzahirkan getaran rindu ini
Agar seluruh sarwa alam tahu
Bahawa diri ini merinduinya
Dalam kesamaran malam ku sedar
Diri ini masih lagi terkontang-kanting
Dalam mengenal dia
Namun aku telah mencicirkan kasihku padanya
Lalu ku biarkan
Hasrat hati dibawa angin malam
Pergi bersama kepekatan malam

Hati yang bergetar rindu
Bisakah getaran ini berhenti
Apabila fantasi mimpi
Bertukar menjadi realiti
Merealisasikan getaran rindu
Yang bertamu di kalbu hanya untukmu ?

By : sinufashar
Date : 21/10/2012
02 : 40 pm



No comments:

Post a Comment