sajak buat palestin



sajak buat palestin

mujahid muda
kuatkan tekad
capai matlamat

mujahid palestin
engkau pejuang yang tabah
engkau pejuang yang gagah
engkau pejuang yang istiqamah
perjuanganmu tiada goyah

mujahid
darahmu menitis kebumi mnjadi galang ganti
perjuanganmu pertahankan al-aqsa penuh erti
engkau pejuang terpuji yang cukup berani
bukan nama yang diingini maut dan syahid yang dicari

mujahid
walau israel bertungkuslumus setiap hari
rakus mencabul bumi palestin yang suci
enkau teguh berdiri membawa panji-panji suci 
menentang serakah zionis yang membenci
walau nyawa menjadi galang-ganti

mujahid suci
telah ramai gugur kebumi
telah bnyak jiwa yang pergi
telah banyak darag tersimbah kebumi menjadi sungai-sungai ngeri
telah banjir airmata melimpah kebumi
telanh banyak hilang saudara sendiri
telah banyak doa dipanjat ilahi

ya allah robbul alamin
bantulah saudaraku di palestin
aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berdoa dan meminta...

There was an error in this gadget