jika kau jadi--->



jika kau jadi bintang
jadilah bintang yang bersinar 
antara berjuta bintang di angkasa

jika kau jadi pokok
jadilah pokok yang besar 
supaya boleh makhluk berlindung dibawahmu 
jadilah pokok yang mengeluarkan buah yang banyak dan manis



jika kau jadi tumbuhan 
jadilah kaktus yang berduri
susah di sentuh walau cuaca panas
masih mampu hidup segar di tanah yg tandus

jika kau jadi serangga 
jadilah kelip-kelip yang menerangi kegelapan malam
menjadi petunjuk 

sudah ditakdirkan kau menjadi manusia di bumi ini
jadilah khalifah yang mentadbir bumi ini......



Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


There was an error in this gadget