dugaan ini





Dugaan ini

aku dibelenggu kebuntuan
dalam dunia yang penuh cabaran
deras arus dunia mengajar aku erti ketabahan
gagah mengharungi ranjau kehidupan

beginilah kehidupan
adakalanya tenang yang datang
adakalanya resah yang hadir
menuntut kita berfikir

apakah ertinya kehidupan
andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan
tanpa dugaan dan cabaran
tiada bermakna suatu kehidupan

dugaan ilahi tiada batasan
sedangkan kekasihnya muhammad
terduga maha hebat
inikan aku insan kerdil tiada terlihat

aku pasrah padamu ilahi
setiap insan punyai rezeki
semua sudah tercatat di diari
hanya beza apa yang diberi




There was an error in this gadget