selamat pengantin baru



selamat pengantin baru

perkahwinan itu
 permulaan sebuah kehidupan

kehidupan baru
 antara dua jiwa menjadi satu

telah tertulis  kini
suratan jodoh di buku takdir
pada kelendar hari
dan kini engkau bergelar seorang isteri

dik,
jejakilah syurga abadi
janji dari ilahi
buat sang isteri
yang tak mungkin dimungkiri
tak mungkin di khianati

sesetia fatimah
setabah khdijah
semurni aisyah
teguhkan akidahmu saidatina masyitah ulun firaun durjana
engkaulah kini penentu diri sendiri
kemana harus dituju

telah bermula satu pelayaran baru kini
menuju satu distinasi yang pasti
ada gelombang
ada ribut menanti
walau apa harus dihadapi

selamat pengantin baru dik
bahgia di samping suami....







si merak cantik namanya
si kuda riang  berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.


Bunga mangga di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan




There was an error in this gadget