Pantun Puasa dan Raya




Pantun Puasa Dan Raya


Tumbuh rimbun pokok melata,
riang sikambing dapat makanan,
Syaaban berlalu meninggalkan kita,
ramadhan datang bersama kemuliaan.

dari ahad hingga ke selasa,
berbuka di rumah si baba nyonya,
bagi yang sihat hendaklah berpuasa,
jangan la keklinik  gastrik katanya.



Dari Melaka ke negeri kedah,
hajat melancong ke negeri sabah,
Waktu berbuka bermacam juadah,
akhirnya tak habis kenyang tak sudah.

Dalam manis ada hempedu, 
Dalam kata-kata banyak maknanya, 
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
syawal pula bakal menjelma.


Terbang tinggi siburung helang,
sungguh jinak si burung merpati,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa yang  tinggal haruslah diganti.


Gunung daik bercabang tiga,
gunung macincang si gunung raya,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya .

Dua tiga si ikan gelama,
ikan di jual di pinggir kota,
Ramadhan berlalu syawal menjelma,
jangan di lupa yang jauh di mata.

Andai Hamka menyusun kata,
tercipta bait kata saujana,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidilfitri hari yang mulia.


Makan Ketupat Sama Keria,
Ketupat pelik berinti kaya,
Bila Raya Syioq Tak Terkira,
maaf zahir batin dari saya.


There was an error in this gadget