Al-kisah macam biase blog walking...
hari ini semasa tengah berwalking2x sambil reading2x
dengan tak semena-mena jeng jeng terbacalah oleh ku satu artikel yang agak menarik hendaknya arakian terdetik dek hati nurani tuk mengopy aka copy paste hahahaha mende la ak mengarut nie
al sebab musabab ak nk copy artikel nie adalah kerna teringat ak beberapa rungutan dan beberapa bacaan dr laman sosial alam maya dan alam nyata jadi oleh yang sedemikian la terjadinya copy mengopy nie hahahahaha
benda yang baik apa salahnya berkongsi kn3x nk tau apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
adehhh macam best pulak wat titik2x anak panah nie hahahaha
Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat
Lelaki?
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai
seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah
mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal
laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi
banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari
suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab
bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak
melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada
islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa
isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita
ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak
solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela
kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman
wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.
Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang
mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman
dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi
laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan
itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang,
agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan
tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika
tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami
perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada
suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang
menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit
daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak
lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak
kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri
dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis,
tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.
Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan
malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15
kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan
diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka?
Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga?
Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak
sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu
lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak,
seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada
Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan
kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala
hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan
dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
.
.
No comments:
Post a Comment