kompang di palu pengntin baru hahahah....
07/12/2013
hari bahagia bagi buat sepupuku
nk cita panjang pown malas
.
.
.
.
v
ketibaan penantin lelaki
aiyahhhh.... adik2x bersiap sedia untuk persembanhan silat
ehh dik tepi2x pengntin nak lalu adehhh
Beli gula di pekan rabu
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin lalu
Dua sejoli jalan berganding
penat sudah lama menunggu
panas terik suasananay bendang
dari jauh terlihat unggu
malu-malu makanan terhidang
nasi berlauk jadi santapan
kerang ketam dan juga lokan
pancak silat jadi tatapan
buat rajasehari kami sembahkan
Dari laut ke danau toba
Mula menyimpan sepatu raya
Hari bahagia menjelang tiba
Segala kelengkapan sudah disedia
Selesai berpakat disedia hidangan
Duduk beradap malu berjelingan
Selesai berakad diadakan persandingan
Untuk ditatap tetamu undangan
Semai temu dihujung petang
ubi kayu dibuat baja
Ramai tetamu berkunjung datang
Rai bersama hari bahagia
Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung
Sampan kotak kenapa dikayuh
Hendak belayar ketanah seberang
Patah kepak brtongkatkan paruh
Pantang menyerah datanglah gelanggang
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata
Laksamana tuah cekap dan tangkas
sedap masakan si baba nyonya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya
Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
moga berkekalan akhirat nanti
Apa yang kurang harap maafkan
No comments:
Post a Comment