Susah,Senang dan bahagia

 Susah,Senang dan bahagia 



Bismillah… lama betol tak update last 2020 sekarang harini 29/11/2024 dah berhabuk bersawang.

Jadi nak cerita pasal apa ni? Ok fast forward 2020 to 2024 kahwin bla2x  dalam tempoh tu satu Tarikh yang amat bermakna 14/7/2021 ~~



hadirnya seorang insan dan khalifah dimuka bumi... oleh sebab aku ni suka sajak jadi aku nukilkan sikit la sajak yg menggambarkan apa yg aku rasa dengan kehadirannya di dunia... anakku..

Anakku umpama Sirius di malam hari,
Cahaya gemerlap di langit tinggi.
Beri harapan, beri mimpi,
Menuntun aku hingga mati.



Bila sebut pasal anak msti akan terkait dengan ibu bapa. Apa yang aku nk cerita harini yang nk sembang harini adalah berkenaan kehidupan kecilku maksudnya masa kecil la.Sejak dua menjak ni Since podcast makin berkembang, selalunya intro sesuatu podcast msti akan tanya latar belakang tetamu jemputan dan apa yang akan ditanya adalah kehidupan semasa kecil antaranya tinggal dimana, kesusahan yg dialami dsbnya . kita narrow down lagi benda yang nak aku cakap berkenaan kesusahan yg ditempuhi bagi pendapat aku definisi sush tu berbeza bagi setiap orang , ada orang dia hanya ada motor dan dia rasa hidup dia sush sebab tak ada kereta, ada orang ada basikal je tapi dia tak rasa sush sebab mudah bagi dia tak perlu pikir pasal minyak service dan sebagainya, ada orang tgk sorang budak yang tak pernah mkn KFC dan cakap kesiannya budak tu, manakala bagi budak tu pulak dia tak kisah pon kalau tak makan KFC . Jadi bagi aku definisi susah tu berbeza bagi setiap orang, begitu juga dengan kebahagiaan . Tetiba teringat lirik nasyid UNIC yang bertajuk hakikat bahagai. Aku shared dekat bawah :-

 Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran

Berbalik kepada susah , senang dan Bahagia. Bila sebut Bahagia terus terlintas makanan. Sebab apa makanan? Sebabnya bila perut kenyang hati senang  😝 . Al kisah masa menghadap jem smbil2x dengar radio terpikir masakkan atau makanan yang aku suka masa kecik dan kenapa ermmm aku suka gulai kari mak masak , masak cabai , nasi goreng dan apa lagi ya ak mkn masa waktu kecik.

 

Lepas seketika aku teringat salah satu favourate ak apatu? Nasi , minyak dan garam woiii menambah oiii mak suap pulak hahahha kalua dipikirkan balik aku happy ja mkn nasi, minyak dan garam taka da masalah pon siap minta mak tambah lagi nak dibandingkan dengan sekarang walaupon makanan mcm2x tapi hati sush. Jadi bagi anda apatu kesusahan ? 



ni ha anak bujang den... dah beso banyak cakap kecuali tido tu pon kkdang bercakap jugak. Harapan aku semoga dapat melihat anak bujang ni membesar , semoga umur aku panjang ✌


No comments:

Post a Comment