andai hari ini


sayangku.....
andai hari ini aku terlalu gembira
kau sedarkanlah aku....

andai hari ini aku terlalu kecewa
kau pujuklah aku dari terleka

andai hari ini aku bersedih tanpa kata
kau temanilah aku

andai hari ini aku melukaimu 
maafkanlah aku

andai hari ini kita bermusuh
selesaikanlah segera

andai hari ini aku pekak dan bisu
jadilah mata dan telinga buatku

andai hari esok aku tidur tanpa terjaga
kau kirimkanlah doa dan sekalung fatihah buatku

sesungguhnya aku menyayangimu sehingga ke syurga firdausi...
There was an error in this gadget