bidadari

ku bertanaya pada bulan
siapakah itu bidadari?
bulan menyuruh aku membuka hati dan terus mencari
saat demi saat aku mencari tetapi tiada ku temuai

siapakah bidadari?
aku terus berlari mencari tiada henti
dimana kau bidadari?
aku berlari dan mencari oh bidadari

ku bertanya pada bintang siapakah bidadari?
katanya peneman tatkala sepi

ku bertanya pada malam
adakah kau bidadari 
penyeri dimalam hari ketika semua sepi
katanya aku datang dan pergi apabila matahari tiba
bidadari sentiasa disisi tidak kira masa suka dan duka

kutanya pada angin adakah kau bidadari?
ada pada bila-bila masa suka atau duka sepi atau gembira?
katanya ia bukan bidadari kerna ia sentiasa bergerak kesana kemari
bukan peneman disisi

siapakah bidadari?
aku terus menanti dan mencari..

kau bidadari....


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)




There was an error in this gadget