bila takdir

bila takdir


sekian waktu ku tunggu

rindu kelopak kasih membeku

di mana kiranya cinta berarak pergi

ke tanah subur
atau ke jasad gersang
datanglah
membina semula runtuhan setia
dari serpihan-serpihan berkaca
kerna hidup ini bukan semata kita sahaja
kembara yg berkerikil
hanya menguji tahan
pada kaki-kaki insan
melalui lorong-lorong Tuhan
mustahilkah kita bersama
mengidam rasa korban di selat perkongsian
aku sungguh terharu
bila kita ditakdirkan bertemu
_ sinufashar _


No comments:

Post a Comment