- PENGORBANAN SEORANG IBU -
ibu
tidak dpt aku bayangkan
jika kau tiada disisiku lagi
mungkin malaplah cahaya bintang di angkasa
tiada lagi tempat aku berteduh kasih
tiada lagi senyuman manis utk ku tatapi
kau ilham dalam hidupku
menerangi diriku dgn cahayamu
bekerja keras utk mmbesarkan ku
memberikan pendidikan yg cukup
utk ku mencapai cita-cita
ibu
aku bangga bergelar anakmu
kau seorang yg tabah
dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan
tak pernah kenal erti penat dan lelah dlm hidupmu
kau mengajarku erti kehidupan sebenar
yg akan ak lewati tidak lama lagi
aku harap kita kan terus bersama
mengharungi liku-liku hidup di bumi Allah ini
YA ALLAH
kau selamatkan permaisuri di hati ini di dunia dan akhirat
kerana hati ini sungguh cinta padanya yg bergelar ibu
_sinufashar_
No comments:
Post a Comment