‎-TATKALA RINDU MENJADI ASING-

‎-TATKALA RINDU MENJADI ASING-  

telah kau rentap pepohon rinduyg tumbuh rendangmenemaniku saban malam panjangdiselimuti dingin sepi
berterbangan menjadi puing
apakah dgn berdiam diri
membisu membatu
maka hati telah kau patri
telah kematu menjadi besi
menjadi api membakar diri
apakah dgn berdendam hati
memendah amarah
telah kau sirnakan
runtunan nafsu manusiawi
yg kau sembunyikan
pada malam
pada siang
pada langit
pada bumi
apakah kau lebih senang dgn keadaan ini?
penuh benci membenteng peribadi
tatkala rindu menjadi begitu asing
dan kasih tak lagi berapi
tak lagi kau peduli
maka puaskah kau?
meraikan pesta penuh gemilang
di atas sendu tangis tak terulang
tak kan ku jejaki lagi denai cinta
yg penuh dgn prejudis
penuh benci akan ketaksamaan kita
bukankah kita manusia sama saja?
serupa penciptanya
saling memerlukan air,udara
mempunyai rasa duka dan lara
apakah batas ketaksamaan itu yg kau perbesakan?
sedangkan Allah tidak membezakan makhlukNya
sama ada miskin mahupun kaya
celik ataupun buta
waras mahupun gila?
_sinufashar_


There was an error in this gadget