aku pelakon di pentas dunia
aku pelakon dipentas dunia
membawa watak sejuta rupa
tua muda pelbagai gaya
ramai memuji dan terpesona
tangan dihayun mendabik dada
berdiri megah umpama raja
semua jalan sudah ku peta
menunggu masa menjelajah dunia
terus mendada seraya berkata
aku hebat tada tandiganny
luput ingatan pada yang esa
agungny hidup tanpa pencipta
namun..
sampai bila aku ingin mendabik dada
hakikat sebenar tak pernah lupa
ujud tuhan sang pencipta cakarawala
karma tersenyum lalu menerpa
rapuhnya pentas difana dunia
hadirin sinis petanda duka
jiwa besar bertukar hiba
batin menjerit petanda lara
wahai pelakon
tuhan tiada kejam pada hambanya
dugaan dikirim tanda menyapa
siap bekalan dihari tua
agar terselamat dari bencana
bencana akhirat yang pasti tiba
sedarlah hai teman kita hanya pelakon dunia
yang melakonkan watak mengikut skrip pencipta
sembamkn wajahku di pentas dunia
pohon magrifah pada pencipta
agar hilang cacat dancela
agar hilang taksub dan bangga
wahai tuhan maha pencipta
ajarkanku cinta yang sempurna
abadikan lara dijiwa
pimpinlahku bawabersama
agar dapt mencium syurga
indah fatamorgana dunia kekadang membuat kita terleka
No comments:
Post a Comment