Ateisme

Ateisme..

apa itu ateisme?

Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan.... nie Mr wiki bagi tau bahasa senangny freethinker la...

macam mana ak boleh tulis pasal nie??
al kisah semasa br fb terjumpa pkataan ateisme nie jadi apa lagi tanya en google la apa bnda nie?? makanan k? hohohoho makan j ingt kn? adehhh....

jadi ade la terbaca beberapa blog sal bnda nie ade blog cita sal knapa dier jadi ateisme nie katanya nak terbang bebas, nak bebas macam mana ak pown tak pasti. Ade lagi satu blog yang ak baca yang ak rasa tertarik adalah difinisi dier tentang ateisme katanya :-

Atheism bukan mengenai kepercayaan
Atheism adalah ketidak percayaan
Atheism bukan mengenai keyakinan.
 Atheism adalah mengenai keraguan....

dier punya difinisi memang menarik tp yang tak menariknya dier adalah seorang Ateisme.. adehh apa yang dier tulis boleh memesongkan akidah kerna kebanyakkan adalah berdasarkan logik akal.. 


adehhh macam-macam kan?

ade satu blog yang menarik ak baca sal ateisme nie dier cita pengalaman dier ngn golongan freethinker nie .citenya begini..:_



Bismillahir Rahmanir Raheem.. telah menjadi satu bentuk ikutan, di mana untuk kelihatan cool, insan-insan yang dilahirkan melalui rahim seorang ibu muslim, tetapi malangnya tidak dididik dengan contoh kehidupan Islam yang baik, akan cenderung mengikut bawaan arus ke arah mana sahaja ia mengalir. Mereka merasakan bahawa untuk tidak berada di dalam pergerakan arus yang sedang deras berlaku, mereka akan ketinggalan. Trendy, itu kata mereka. Mereka lebih rela menjadi pengikut trend dari menjadi seorang yang memulakan trend. Kerana itulah kita tidak pernah selangkah lebih maju dari barat. Kita sentiasa menunggu matahari terbit dari barat, untuk tersentak bangun dan memulakan langkah. Mungkin kerana sieged mentality dek kerana dijajah lebih 500 tahun lamanya membuatkan ramai dari kita kehilangan keyakinan diri untuk memulakan sesuatu di luar tabii pemikiran barat. Sedangkan terlalu banyak yang diperkatakan dan dilakukan orang-orang barat itu tidak betul.  


Pernah saya memarahi seorang jurutera Melayu yang secara bulat-bulat menelan laporan yang disediakan seorang jurutera Inggeris bagi sebuah cadangan pembaikan sebuah jentera, hanya kerana dia takut untuk mempersoalkan cadangan-cadangan yang dikemukakan. ‘En. Nizam, takkan saya nak reject proposal mat saleh tu?’ katanya. Saya tahu jurutera Melayu itu lebih faham dan tahu apa yang diperlukan. Tetapi, mungkin kerana mentaliti kita semua sudah sedia diprogramkan dengan sifat inferiority complex, maka untuk mengatakan tidak kepada cadangan manusia dari ras bekas ‘tuan besar’ negara ini, kita berasa sangat teragak-agak. Setelah jurutera Melayu itu menilai semula cadangan-cadangan yang dikemukan, dia mencadangkan beberapa perkara digugurkan dan diganti dengan cadangan baru. Ia berhasil. Tetapi malang apabila cadangan itu dikeluarkan hanya setelah dimarah untuk melakukan perubahan kepada gaya fikir.

Seorang Lelaki Ateis
Urusan tersebut membawa kepada sebuah pertemuan dengan seorang pembekal peralatan berasal dari Sabah. Persepsi awal saya terhadapnya, mungkin dia seorang Kristian bernama seperti orang Melayu kerana dia tidak menjawab salam saya. Saya menumpang keretanya untuk ke gudang bagi tujuan pemeriksaan barang yang dibekalkan. Lebih mudah bergerak dengan sebuah kereta dari mengekor dan memandu sendiri dari belakang. Seorang yang sangat peramah dan suka bercakap tentang ideologi-ideologi pelik. Bila saya bertanyakan kepadanya apakah dia seorang Kristian, dia menjawab bahawa dia tidak bertuhan, kerana katanya dia tidak nampak apa kepentingan kewujudan Tuhan di dalam kehidupannya. Dia tidak berkahwin tetapi mengaku mempunyai pasangan hidup yang tinggal bersamanya sejak beberapa tahun yang lalu. Hari itu saya kurang mood untuk bersembang.  Saya biarkan dia berbicara tentang idealisma dan apa yang dipercayainya.  

Dia mahukan kebebasan
Ya. Dia menyatakan bahawa dia mahukan kebebasan. Kerana itu dia tidak mahu tersangkut dengan apa jua agama. Baginya agama itu merupakan antithesis kepada prinsip kebebasan yang didambakannya. Dia mengaku dia seorang yang bebas dan berasa sangat bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ada bentuk hukuman yang menanti.

Perjalanan diperlahankan oleh sebuah lampu isyarat yang terlalu mengambil masa yang panjang. Setiap selang lima buah kereta dilepaskan, lampu isyarat kembali menjadi merah. Dia bersungut kerana lampu isyarat tersebut melambatkan perjalanan. Dia masih berceloteh. Selang hampir lebih dua minit, lampu hijau kembali bernyala. Sambil memandu, dia menyatakan bahawa agama itu menyekat kebebasan. Dia juga menyatakan agama itu mempunyai terlalu banyak peraturan yang menyekat seseorang individu itu bergerak bebas. Sebaik kereta di depan terlepas dari simpang tersebut, lampu isyarat bertukar merah kembali. Kami sekali lagi tersangkut dipersimpangan berlampu isyarat tersebut. Dia bersungut kerana ia melewatkan jadual kami.

Langgarlah Lampu Merah Itu…
Melihat keadaan mulutnya yang kumat kamit bersungut, saya sengaja mencadangkan kepadanya untuk melanggar lampu merah tersebut. 


‘Mana boleh, nanti kena saman..’. Mendengar reaksi jawapan beserta mimik mukanya, saya hampir tergelak.


‘Adin (bukan nama sebenar), awak cakap awak mahu hidup tanpa sekatan, tetapi kenapa awak membiarkan diri awak disekat oleh lampu isyarat ini?’ Mukanya merah padam. 

‘Walaupun saya ini ateis, saya tahu menghormati undang-undang.’ Dia membalas memberikan jawapan. Saya tergelak kecil.

‘ Jadi, sebagai seorang ateis, anda masih belum bebas dari peraturan yang menyekat anda dari bergerak bebas. Betul? Bukankah lampu isyarat ini melambatkan urusan kita? Jadi kenapa perlu takut dengan lampu isyarat?’ Saya menggasak dia dengan soalan.

‘Berhenti di lampu merah itu satu peraturan. Melanggarnya bermaksud kita melanggar undang-undang. Kami, walau pun ateis, kami tahu menghormati undang-undang.’ Balas Adin.

‘Siapa yang membuat peraturan tersebut?’ Saya bertanya kembali.

‘Ahli parlimen dan dean negara,’ jawabnya.

‘Awak takut dengan peraturan yang dibuat manusia?’ Saya bertanya lagi.

‘Bukan takut, tapi hormat.’ Dia menjawab.

‘Apa beza ahli parlimen tersebut dengan anda? Dia manusia, awak juga seorang manusia. Apa hak dia untuk menentukan kebebasan anda untuk bergerak pada petang ini. Bukankah peraturan yang dibuatnya menyusahkan kita dan akibatkan kita lambat kepada temujanji yang diaturkan? Kenapa sebagai seorang manusia yang sama, anda membiarkan hak kebebasan anda disekat oleh manusia lain? Apakah anda dalam kedudukan yang lebih rendah dalam keupayaan dan martabat akal, untuk membolehkan kehidupan dan kebebasan anda ditentukan oleh manusia lain.’ Saya bertanya lagi. Dia tidak menjawab. Sifat ramah sebentar tiba-tiba sahaja hilang bila saya pula menjadi ramah tamah.

‘Habis tu, bagaimana pula dengan awak? Jika awak ditempat saya sebagai pemandu, apakah awak akan melanggar lampu merah tersebut?’ Dia cuba bermain psikologi. Tidak menjawab pertanyaan saya tetapi membalas soalan saya dengan soalan lain.

‘Saya tidak akan melanggar sekali-kali lampu merah tersebut.’ Saya menjawab. Giliran dia pula ketawa.

‘Jadi awak dengan saya tiada bezanya. Kedua-duanya perlu menghormati undang-undang dan peraturan yang dibuat manusia.’ Seronok dia mengenakan saya.

‘Siapa cakap kita berdua sama. Tiada persamaan di situ.’ Saya menjelaskan. Dia memperlahankan ketawanya.

‘Di mana perbezaannya? Bukankah kita berdua telah dilambatkan oleh peraturan manusia?’ Dia bertanya kembali.

‘Ada perbezaannya. Saya menghormati peraturan yang dibuat manusia itu atas arahan Allah dan bukan kerana takut atau diarahkan oleh mana-mana manusia lain. Tetapi awak menurut peraturan itu kerana awak diarahkan oleh manusia lain. Dalam kes ini, ahli-ahli parlimen tersebut telah menetapkan peraturan tersebut dan dijadikan undang-undang lalu menyuruh awak menghormatinya. Bezanya saya dengan awak, ialah saya menghormati undang-undang tersebut di atas arahan Allah, Tuhan yang menciptakan langit, bumi dan segala-galanya termasuk diri saya dan awak. Tetapi awak tunduk hormat kepada undang-undang tersebut atas dasar arahan dan perintah manusia lain. Manusia yang tiada bezanya dengan diri awak, malah awak sendiri tidak kenal dengan dengan siapa ahli-ahli parlimen itu. Jadi antara takut melanggar lampu merah kerana diperintahkan Tuhan dan takut melanggar lampu merah disebabkan arahan manusia, yang mana satu melambangkan kedudukan dan kemuliaan tingkat akal seseorang manusia?’ Saya mengasak lagi.

‘Kenapa pula awak perlu takut kepada arahan Tuhan, bukan Tuhan boleh saman awak sebab langgar lampu merah?’ Dia bertanya mengikut lojik akalnya.

‘Adin, nyawa saya bergantung kepada ihsan Tuhan. Bumi ini bergerak juga bergantung kepada ihsan Tuhan. Matahari yang muncul hari ini juga atas ihsan Tuhan. Segala rezeki yang saya dapat, adalah atas ihsan Tuhan. Dibandingkan dengan saman manusia berharga tiga ratus ringgit, saya lebih takut Allah menarik balik kesemua nikmat yang diberikannya kepada saya jika saya tidak mahu menurut perintahNya. Jadi, kenapa pula awak takut dengan saman manusia berharga tiga ratus ringgit? Apakah ahli-ahli parlimen itu menghantar barang runcit setiap bulan ke rumah anda sehingga anda takut ianya ditarik balik kerana melanggar arahan mereka? Apa yang pernah mereka berikan kepada anda sehingga membuatkan anda takut untuk melanggar lampu merah sedangkan perlakuan itu bertentangan dengan prinsip kebebasan yang anda cari sebagai seorang ateis?’ Saya bertanya kembali.

‘Mereka mentadbir negara dan segala infrastruktur yang ada ini, termasuk lampu isyarat itu sendiri, jalanraya, sekolah, prasarana tenaga dan komunikasi, bukankah semua itu disediakan oleh kerajaan yang dikawal oleh ahli-ahli parlimen itu?’ Dia cuba menjawab.

‘Siapa yang memberikan mereka wang untuk perbelanjaan tersebut? Bukankah awak sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, memberikan mereka dana dalam bentuk cukai untuk mereka gunakan bagi pembangunan infrastruktur sepertimana yang anda sebut tadi? Seharusnya merekalah yang mendengar perintah awak kerana awaklah yang memberi ‘rezeki’ kepada mereka. Tetapi, kenapa awak pula sebagai ‘pemberi rezeki’ menjadi orang yang menerima arahan dan perintah untuk dipatuhi? Sebagai seorang ateis yang bertindak sebagai ‘pemberi rezeki’, kenapa kebebasan yang menjadi keutamaan dalam halatuju hidup awak, diletakkan dalam keadaan terkongkong oleh pihak yang menerima ‘rezeki’ dari awak? Hahah.. pelik bukan?’

Dengan tidak semena-mena, dia menekan minyak dan melanggar lampu isyarat tersebut bagi membuktikan sebagai seorang ateis, dia mempunyai kebebasan mutlak untuk tidak diperintahkan manusia. Saya terkejut dan tergamam dengan ekspresi kebebasan yang mahu dipertontonkan. Kemudian saya ketawa dan bertanyakan soalan berikut kepadanya, 

‘Brother, sampai bila awak hendak langgar lampu merah dan segala peraturan yang diberikan manusia kepada awak untuk membuktikan diri awak seorang ateis yang benar-benar bebas? Bukankah dengan bertuhan itu anda menjadi lebih bebas dari menjadi lebih rendah kedudukan dari manusia lain?’

Setengah jam dia tidak bercakap manakala saya pula tidak dapat menahan ketawa disebabkan tindakannya melanggar lampu merah tadi. Jadi, bukankah lebih baik menurut peraturan manusia di atas arahan Tuhan dari menurut peraturan manusia kerana diarahkan manusia itu sendiri. Allah sahaja yang tahu apa masalah keadaan mental golongan sebegini. Jadi setiap kali terbaca tulisan mana-mana ateis yang berbicara soal kebebasan, saya akan tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman saya sendiri. Ini kerana tanpa sedar, mereka merupakan golongan yang paling teruk dikongkong arahan manusia sedangkan kita semua yang bertindak mengikut arahan Allah yang menciptakan segala-galanya. Bukankah itu sesuatu yang lebih memuliakan kedudukan kita sebagai seorang manusia. Wallahua’lam.


 http://satuhala.blogspot.com/2011/09/benarkah-atheism-itu-kemuncak-kebebasan.html#ixzz341vBLAuk




menarikkan2x

pendapat ak golongan Ateisme nie merupakan golongan yg lebih mudah diajak balik ke jalan yang benar berbanding pengikut tegar agama langit seperti Yahudi dan Kristian.Asalkan kita punyai jawapan pada setiap persoalan mereka.

Dr. Zakir Naik pernah berkata golongan atheis ni telah memenuhi separuh dari kalimah syahadah lailahaillah.. mereka percaya "tiada Tuhan' maka kerja kita adalah melengkapkan lagi separuh kalimah tersebut..Allahuakbar. Dialah yang Maha Esa dan Maha Kuasa wallahualam.




There was an error in this gadget